All News

IBS UUM SEMARAK MERDEKA TAWAN BUKIT TALIPONG

 

379005418_819194459997319_452809216084940810_n.jpg

Berita dan gambar oleh Suraiya Hashim/UUM Today

CHANGLUN: Bagi menyemarakkan lagi sambutan bulan kebangsaan, Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) berjaya menawan Bukit Telipong sempena Program Pendakian Merdeka IBS 2023.


Dekan IBS, Prof. Dr. Rosylin Mohd Yusof berkata, program riadah anjuran Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi IBS yang disertai lebih 10 staf ini adalah untuk memupuk semangat cintakan negara serta mempromosi penjagaan kesihatan. Di samping itu menurutnya, ia memberi peluang kepada peserta untuk menikmati panorama indah di Bukit Telipong yang terletak di Batu 8.
Pendakian bermula dengan menyelusuri laluan kebun getah sebelum sampai ke trek pendakian di mana peserta perlu menempuh laluan licin sebelum berjaya sampai ke puncak mengibarkan Jalur Gemilang.


Peserta, Syazwani Daud berkata, aktiviti pendakian itu telah mencapai objektif program apabila berjaya melengkapkan misi pendakian dan mengibarkan Jalung Gemilang dengan megah di puncak Bukit Telipong. “Ini adalah penzahiran rasa kecintaan warga IBS kepada tanah air dan kesyukuran atas nikmat kemerdekaan yang dikecapi Malaysia.
“Saya berharap program seperti ini akan diteruskan lagi, selain menyemai rasa cintakan negara, kita juga dapat meningkatkan daya ketahanan fizikal dengan mendaki serta mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan staf IBS dan penduduk setempat,” ujarnya.

 

Sekian.