Gambar Nurul Syahidah Muhamad Puzi/UUM Today
SINTOK: Kepentingan halal sangat besar sama ada dalam kehidupan individu mahupun organisasi khususnya dalam konteks penyediaan makanan dan minuman.
Sehubungan itu, bagi meningkatkan lagi kesedaran berkenaan halal dalam kalangan pemain industri, seramai 50 peserta dari pelbagai latar belakang organisasi telah menyertai Latihan Kesedaran Halal Sesi Awam bagi sesi November 2023 anjuran Institut Pengurusan Halal (IHM), Pusat Pengajian Perniagaan (IBS), Universiti Utara Malaysia (UUM).
Pengarah IHM, Dr. Nor Aina Mhd Khotib berkata, Latihan Kesedaran Halal Sesi Awam ini dijalankan secara berkala di UUM pada setiap dua bulan sekali dan mendapat permintaan yang tinggi daripada pihak industri.
https://uumtoday.com/news/ihm-uum-kongsi-kepentingan-halal-dalam-industri-halal-kedah/