All News

TEAM BUILDING SUKARELAWAN STF BENTUK PASUKAN AMPUH

stf pendang

Oleh: Siti Rasyidah Hassan

Gambar oleh: Pusat Pengajian Perniagaan Islam

UUM ONLINE: Pendang - Seramai 38 pelajar dan 13 staf dari Sukarelawan STF (Social Takaful Fund) Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) telah menyertai Program Team Building Sukarelawan STF (Social Takaful Fund) di Pendang Lake Resort pada 11 Mei lalu.

Program anjuran oleh Social Takaful Fund (STF) Pusat Pengajian Perniagaan Islam bertujuan untuk membentuk satu pasukan sukarelawan yang ampuh dan mampu melaksanakan segala operasi dan aktiviti STF.

Ketua Projek, Mohd Saharudin Shakrani yang juga Pensyarah Kanan IBS berkata, ia juga memupuk semangat yang tinggi dalam merealisasikan visi dan misi STF.

Menurutnya, kebanyakan aktiviti STF adalah mempunyai kaitan dengan literasi kewangan dan perancangan takaful yang membolehkan setiap ahli dalam pasukan pelaksana ini mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam perkara ini.

Katanya, model kem latihan dalam kumpulan ini telah disediakan oleh pihak Pendang Lake Resort yang meliputi aktiviti seperti kerjasama dalam  kumpulan, kreativiti dalam penyelesaian masalah, ketahanan mental dan sebagainya.

“Saya mengharapkan agar program team building ini dapat membentuk kumpulan sukarelawan STF yang mempunyai tahap semangat berpasukan tinggi, hormat menghormati dan saling membantu dalam menyelesaikan misi dan seterusnya merealisasikan segala aktiviti STF.

“Penglibatan mereka dalam kebanyakan aktiviti STF adalah penting kerana mereka merupakan tulang belakang kepada kejayaan aktiviti yang ingin dijalankan terutama yang melibatkan komuniti,” katanya.

Program ini juga mendukung Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) seperti matlamat Kesihatan Baik dan Kesejahteraan, matlamat Pendidikan Berkualiti, matlamat Pekerjaan Yang Sesuai dan Pembangunan Ekonomi dan matlamat Keamanan, Keadilan dan Pertubuhan Kukuh.

stf4

stf3