All News

CAKNA HALAL ANJURAN IHM PERKUKUHKAN KEFAHAMAN KEPADA PELAJAR SEKOLAH

 

Oleh: Nur Safiah Mohammad Sabri
Gambar oleh: Muhamad Syamsul Akmal Mohd Nasir

Cakna Halal Anjuran IHM Perkukuhkan Kefahaman kepada Pelajar Sekolah

 cakna halal

UUM ONLINE: Sempena penganjuran Festival Halal UUM 2024 yang berlangsung baru-baru ini, Institut Pengurusan Halal (IHM) telah menganjurkan program Cakna Halal yang melibatkan pelajar sekolah menengah di sekitar Kubang Pasu.

Pengarah IHM, Dr. Nor Aina Mhd Khotib berkata, seramai 52 pelajar bersama lapan guru pengiring dari empat sekolah sekitar Kubang Pasu telah menyertai Program Cakna Halal tersebut. 

Sekolah-sekolah yang terlibat adalah Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun dan SMK Bukit Kayu Hitam.

ckna halal2

Program sehari ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pelajar tentang kepentingan halal dalam kehidupan seharian.

Program dimulakan dengan ceramah bertajuk "Kesedaran Halal" yang disampaikan oleh Zulhisyam Zainol dan Nur Adilin Alyani Mohammad Idrus dari Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah.

Ceramah selama dua jam itu telah memberi pendedahan kepada pelajar tentang konsep halal, skop halal, dan tanggungjawab individu dalam memastikan produk yang dimakan dan digunakan adalah halal.

Pelajar turut berpeluang untuk menyertai aktiviti yang dikendalikan oleh pelajar kelas Pembangunan Fiqh Halal. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pembentangan poster dan permainan berkaitan halal.

 

ckna halal