SATU BAS IRINGI USTAZ KHUBAIB TERIMA IJAZAH SARJANA

Gambar Ihsan Khubaib Ramli

 

466558962 974872158000290 2425801132939777031 n

SINTOK, 12 November 2024: Ustaz Khubaib Ramli, Pengetua Sekolah Menengah Agama Daril Iktisam (SMADI), Kuala Nerang, semalam menerima ijazah Sarjana Pengajian Perniagaan Islam sesi 2 di Majlis Konvokesyen Ke-37 Universiti Utara Malaysia (UUM).

Dia bercita-cita untuk menyambung pengajian di UUM semenjak usia 9 tahun lagi kerana sering kali menjadi ‘driver’ dan peneman ayahnya ke Masjid UUM bagi menyampaikan Kuliah Maghrib sekitar tahun 1990.

Ustaz Khubaib menjalankan kajian sarjana berkaitan Wakaf kerana konsep Wakaf ini telah sebati dalam hidupnya di mana SMADI ini dibangunkan di atas tanah wakaf arwah ayahnya.

Sejak itu, dia berhasrat membangunkan Bandar Pendidikan berkonsepkan wakaf seperti Universiti Al-Azhar, Mesir dan projek ini dicerakinkan dalam tesis sarjananya.

Ustaz Khubaib kini meneruskan pengajian di peringkat Doktor Falsafah di Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) UUM.

466402895 974872014666971 8179607031688530882 n

Guru tersebut merupakan antara 673 penerima ijazah bagi sesi kedua yang disempurnakan oleh Pro-Canselor, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah.

Kejayaan Ustaz Khubaib itu turut diraikan bersama warga SMADI yang menaiki bas ke UUM untuk menyaksikan hari bersejarah tersebut. – Bakhari Che Mohamed Ariff